Selasa, 23 Mac 2010

Eksplorasi Alam Kerjaya (EAK)


Lawatan sambil belajar oleh pelajar dari SMK Meradong yang terdiri daripada 4 orang pelajar serta guru bimbingan (EAK) Cikgu Priscilla Vincent Unjong dan Cikgu Mathew pada 20hb. Mac 2010. Tema Eksplorasi Alam Kerjaya adalah Sains Dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara.

Objektif:
1. Untuk membolehkan pelajar mendapat pendedahan secara terus mengenai suasana kerjaya

2. Menambah ilmu pengetahuan secara pratikal dan teoritikal tentang bidang kerjaya yang dieksplorasi.

3. Membuka minda pelajar untuk membuat pilihan kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.

4. Membina keyakinan diri dan keupayaan menyampaikan maklumat kepada khalayak.

Semasa lawatan tersebut, pelajar didedahkan dengan teknik asas penanaman cendawan,strategi pasaran semasa juga teknologi yang digunakan.