Rabu, 7 April 2010

Kebun Kelapa Sawit

Pok,pok-hati hati bawa kobe tu.., takut jatuh sungai ok.

Sedang membina Jambatan Sungai Lelabi menuju ke Kebun Sawit yang sedang dalam proses penanaman anak sawit sebanyak kurang lebih seribu pokok dengan keluasan kasawan lebih kurang 20 ekar.

Hoi.... nampak tak parit di tengah tu!. Kawasan agak basah akan menyukarkan pertumbuhan anak-anak sawit

Selasa, 23 Mac 2010

Eksplorasi Alam Kerjaya (EAK)


Lawatan sambil belajar oleh pelajar dari SMK Meradong yang terdiri daripada 4 orang pelajar serta guru bimbingan (EAK) Cikgu Priscilla Vincent Unjong dan Cikgu Mathew pada 20hb. Mac 2010. Tema Eksplorasi Alam Kerjaya adalah Sains Dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara.

Objektif:
1. Untuk membolehkan pelajar mendapat pendedahan secara terus mengenai suasana kerjaya

2. Menambah ilmu pengetahuan secara pratikal dan teoritikal tentang bidang kerjaya yang dieksplorasi.

3. Membuka minda pelajar untuk membuat pilihan kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.

4. Membina keyakinan diri dan keupayaan menyampaikan maklumat kepada khalayak.

Semasa lawatan tersebut, pelajar didedahkan dengan teknik asas penanaman cendawan,strategi pasaran semasa juga teknologi yang digunakan.

Jumaat, 12 Februari 2010

Industri Cendawan

Perusahaan cendawan adalah satu perniagaan yang serius dan berpotensi besar, maka salah satu faktor kejayaan ialah dengan melakukan kajian pasaran terlebih dahulu tentang potensinya. Matlamat penilaian pasaran adalah untuk menjangka jumlah jualan dan pendapatan kasar daripadanya serta menganalisa potensi keuntungan dan aliran tunai, juga bagi mengumpul maklumat berkaitan potensi pembeli dan juga pesaing (membantu dalam membangunkan strategi pemasaran kelak).

Faktor Utama Penanaman Cendawan Komersil

Berikut adalah antara sebab utama mengapa semakin ramai pengusaha menceburi bidang penanaman cendawan di Malaysia:
Kandungan nutrien pemakanan yang tinggi
Keuntungan tinggi dalam jangka masa pendek
Potensi pemasaran
Kos pengeluaran yang rendah. Bahan buangan pertanian.

AN OVERVIEW OF MUSHROOM TISSUE CULTURE AND CULTIVATION



1.PENYEDIAAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan:


Habuk Kayu Getah
Dedak Halus
Kapur Pertanian
Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)
Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat


Cara:


1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas
surat khabar lama dan diikat dengan getah.


2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN


Bahan/Peralatan:
Tong Drum,Set Dapur Gas
Cara:
1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
4. Kukus 5-6 jam.
5. Sejukkan sebelum disuntik benih.


3. PENYUNTIKAN BENIH
Bahan/Peralatan:


Benih Cendawan
Pencungkil Benih


1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan.
4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari cahaya matahari)
5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).


4.MEMUNGUT HASIL


1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).
3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.
4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi
berombak-ombak.
5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.

Isnin, 8 Februari 2010

Kulat Hijau & Oren

Umumnya punca kulat hijau datang dari persekitaran bangsal, bilik suntik dan penyuntik benih itu sendiri. Kebersihan diri dan persekitaran memainkan peranan amat penting bagi menghalang atau mengelakkan ia mula membiak.
Di sini saya hanya memberi sedikit tambahan bagaimana produk cuka kayu dapat membantu dalam mencegah dan membunuh kulat hijau. Kaedah-kaedah tipikal tidak boleh diketepikan walaupun kaedah cuka kayu digunakan kerana faktor asas tetap memainkan peranan penting walaupun ada kaedah lain ynag dapat membantu.
Untuk Pencegahan kulat hijau, selepas pembersihan mulut selepas tuai, sembur sikit larutan wood vinegar kepekatan 200x sebelum tutup rehat dipasang. Logiknya, pada kepekatan ini ia membunuh bakteria dan kulat. Cuka kayu pada kepekatan 1:10 boleh digunakan sebagai pembersih sudu atau alat pengorek mulut bongkah anda. Apa yang menarik, semburan cuka kayu bukan sahaja menghalang kulat hijau, tetapi juga menambah nutrien pada bongkah untuk menggalak pertumbuhan / pembaikan misileum di mulut bongkah selepas tuaian. Pengeluaran seterusnya tidak ada kulat hijau lagi.Sekiranya anda membuat bongkah sendiri, gunakan air larutan wood vinegar utk bancuhan media, pada kadar kepekatan 500-1000x. Perbezaan nisbah ini bergantung kepada kualiti habuk kayu yang dibunakan. Habuk yang masih baru, 1000x dan kepekatan ditambah secara berperingkat sehingga maxima 500x untuk habuk yang sudah lama atau habuk guna semula dari bongkah yang sudah tamat pengeluaran. Bongkah akan selamat dari serangan kulat hijau, oren dan hitam.Pengukusan bongkah selama 3 jam pun sudah memadai untuk pengukusan menggunakan steamer dan 2 jam sahaja sekiranya anda menggunakan tong drum. Ini kerana cuka kayu sudah membunuh sebahagian bakteria & kulat merbahaya dalam campuran medium bongkah. Sedikit cuka kayu tulen boleh dicampur kepada air kukusan sekiranya mahu untuk menjadi lapisan pelindung pada bahagian luar bongkah yang telah dikukus nanti.
Untuk Pembasmian kulat hijau, cuka kayu dapat membantu dengan kaedah berikut. Asingkan bongkah yang bermasalah, sembur larutan wood vinegar kepekatan 1:50 ke mulut beg cdwn yg bermasalah & tutup rehat hingga kulat hijau hilang. (2-3 mggu). Selain kaedah ini, gunalah juga pendapat & pengalaman pengusaha-pengusaha lama yang lebih berpengalaman.Dalam kes lebih berat, sekiranya masalah kulat hijau di tempat anda hampir tidak dapat dikawal, semburan larutan cuka kayu nisbah 1:20 diseluruh kawasan projek terutama di kawasan jangkitan, dalam bangsal & bilik suntik juga dapat membantu pengawalan pada masa akan datang. Namun, untuk masalah seberat ini, hampir mustahil boleh berlaku sekiranya penggunaan cuka kayu dari peringkat awal dipraktikkan.Walau bagaimanapun, dalam mengatasi masalah kulat hijau, PENCEGAHAN adalah jauh lebih bermakna dari PEMBASMIAN. Ini kerana, jika anda bernasib baik, bongkah yang bermasalah akan pulih dalam masa 2-3 minggu, sedangkan pada tempoh yang sama, bongkah yang baru disuntik juga sudah hampir matang.

Ahad, 7 Februari 2010

Cuka Kayu


Wood vinegar is a byproduct from charcoal production. It is a liquid generated from the gas and combustion of fresh wood burning in airless condition. When the gas is cooled, it condenses into liquid. Raw wood vinegar has more than 200 chemicals, such as acetic acid, formaldehyde, ethyl-valerate, methanol, tar, etc. Wood vinegar improves soil quality, eliminates pests and controls plant growth, but is slightly toxic to fish and very toxic to plants if too much is applied. It accelerates the growth of roots, stems, tubers, leaves, flowers, and fruit. In certain cases, it may hold back plant growth if the wood vinegar is applied at different volumes. A study shows
that after applying wood vinegar in an orchard, fruit trees produce increased amounts of fruit. Wood vinegar is safe to living matters in the food chain, especially, insects that help pollinate plants.
Wood vinegar is made from burning fresh wood in a charcoal kiln, made from a 200-liter oil drum and 120-cm-tall concrete chimney with a 4-inch diameter. The kiln contains 63-83 kg of fresh wood. Wood good for vinegar must have a heartwood.


Process
1. Cure wood that has heartwood and bark for 5-15 days.
2. Pile wood in the kiln
. Close the kiln and cover every hole with clay. Burn it at 120-430oC.
3. After 1 hour, put a tile at the top of the chimney
. If brown or dark brown drops appear on the tile, allow smoke to flow through a bamboo pipe so that the hot steam may be condensed into liquid.
4. Place a vessel to collect the vinegar drops from the bamboo pipe.
5. If wood is burned for 12-15 hours in a 200-liter oil drum kiln, it should produce 2-7 liters of wood vinegar. At this stage, it is called raw wood vinegar.
6. Leave the raw wood vinegar for 3 months to become silted. The vinegar will turn yellow like vegetable oil. After which, it will turn light brown and the tar will become silted. The top content will be a light, clear oil. Remove the tar and light oil, as well as the dark brown translucent oil and the remainder will be sour vinegar.

Application

Blend with water in a ratio of 1:50 (1 liter wood vinegar and 50 liters water), or up to a ratio of 1:800 (1 liter wood vinegar and 800 liters water). Spray it over plant shoots. Wood vinegar, like hormones, will be absorbed into twigs, trunks, or leaves. Plants will be stronger, and leaves will be greener and resistant to pests and diseases.
Benefits
1. Farmers can produce wood vinegar from branches trimmed from trees.
2. Wood vinegar is safe to human beings, animals, plants, and environment.
3. Wood vinegar helps plants to grow better and stronger, and be resistant to pests and diseases.
4. Crop produce is high quality and safe.
5. Low cost of production attributed to savings from cost of chemicals.